Kepincangan masyarakat Islam yang terdedah kepada arus kemajuan yang pesat telah
menimbulkan rasa resah gelisah di mana-mana sahaja pelusuk tanah air kita ini.
Akhlak di kalangan masyarakat telah beransur pudar hakisan budaya liar hasil
dari kemajuan yang tak seimbang. Akhlak anak-anak muda sangat ketara rendahnya,
manakala jenayah dalam pelbagai bentuk dan rupa di kalangan masyarakat tidak
dapat dibendung oleh kebijaksanaan manusia moden kecuali pembedahan!
Ketenatan yang menghantui masyarakat
memerlukan
rawatanyang
berkesan dari
cerdik pandai
yang mempunyai kesedaran agama yang
tinggi tanpa mengira ideologi atau fahaman tertentu, pangkat dan
darjat. Ketandusan golongan seperti ini, khususnya untuk menghadapi cabaran
dalam merealisasikan wawasan 2020 amat membimbangkan. Justeru itu,
kelahiran semula generasi tersebut perlu dirancang untuk kesempurnaan wawasan
2020,
kerana generasi inilah sahaja yang dapat merealisasikan kesempurnaan
wawasan tersebut ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Maka dengan itu, wujudlah KELAB BALKIS (Kelab Bimbingan, Latihan dan Kebajikan Islam Keluarga Hilmi Abdul
Rahman) yang
didaftarkan di bawah
Akta
Pertubuhan 1966. Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 pada 1 Mac 1999. No. Daftar
: PPM-002-03-01031999, Rujukan PPM/KEL 512/98(5), PPP/KEL 15/98
bagi membantu merealisasikan
kesempurnaan wawasan tersebut. Kelab Balkis adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan
(NGO) yang bergerak aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Ia merupakan penaung
kepada beberapa projek pendidikan seperti Madrastul-Quraan Al-Hilmiyah (MQH),
Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Darul Hanan dan juga Pondok Aman.
Kelab Balkis ialah sebuah Pusat Pendidikan,
bimbingan, latihan dan kebajikan Islam yang
memberi perkhidmatan khusus di dalam pengajian Al–Quran, dan
penempatan anak yatim, dan juga Pemulihan Akhlaq telah diwujudkan iaitu bermula
di Lembah Idaman, Sungai Tias, Kuala Krai pada awal tahun 1989. Bagaimanapun
Pusat Pendidikan Islam yang dikenali Kelab Balkis telah berpindah ke Kota Bharu
sejak 1995 dan kini telah beroperasi di bangunan baru kepunyaannya sendiri pada
awal tahun 1998. Kelab Balkis ini adalah singkatan dari “ Kelab Bimbingan,
Latihan dan Kebajikan Islam”.
Bangunan induk Pertubuhan Bukan Kerajaan ini ( NGO) merupakan beberapa bangunan yang terletak di atas tanah kepunyaan pengasas Kelab itu sendiri iaitu
Ustaz Hj. Abdul Rahman bin Abdul Samad dan isterinya Cikgu Hjh. Wan Khadijah binti
Hj. Wan Abdul Kadir. Cikgu Hjh. Wan Khadijah adalah salah seorang daripada cicit
kepada ulama’ besar Nusantara, Tok Guru Hj. Wan Ali Kutan iaitu seorang tokoh
ulama yang menjadi pencetus kepada lahirnya ulamak - ulamak terkemuka seperti
Tok Kenali dan lain - lain. Tanah atau tapak bangunan itu telah pun diwakafkan
oleh pengasasnya.
Sekarang Kelab Balkis mempunyai 3 buah bangunan yang masing – masing mempunyai
fungsinya yang tersendiri. Bangunan 1 tingkat di bahagian hadapan sekali adalah
kediaman pengasasnya yang juga bertindak sebagai Yang Di Pertua Kelab Balkis dan
isterinya sebagai bendaharinya. Bahagian hadapan kediaman tersebut telah
dijadikan pejabat urusan Kelab Balkis. Bangunan 2 tingkat di sebelahnya pula
adalah Madrasatul – Quraan Al – Hilmiyah (MQH) iaitu tempat pengajian. Manakala
sebuah lagi bangunannya (2 tingkat) dijadikan Asrama Anak Yatim dan
pelajar – pelajar Tahfiz Quran Perempuan.
Proses pembinaan bangunan pengajian dan juga asrama pelajar adalah daripada
harta benda pengasasnya sendiri di samping sumbangan serta derma daripada orang
ramai tanpa mendapat pertolongan atau sponsor dari mana – mana badan kerajaan
ataupun individu tertentu. Kos pembinaan bangunan tersebut kira – kira menelan
belanja hampir RM 800,000.00 yang sekarang ini
masih menanggung hutang sebanyak
RM 50,000.00 lagi.
Bangunan pengajian (MQH) mempunyai sebuah dewan (berhawa dingin), bilik
komputer, bilik sumber, bilik klinik / makmal bahasa, perpustakaan (masih
dalam kemaskini) dan 9 buah kelas pengajian. Manakala bangunan asrama
mempunyai sebuah dewan makan, bilik ustazah, 2 buah dormitory dan sebuah dewan
pengajian Tahfiz Al – Quran. Pejabat pentadbirannya pula terletak di bangunan
milik pengasasnya sendiri yang sebahagian daripada bangunan itu telahpun
diwakafkan untuk dijadikan ruangan pejabat.
Kelab Balkis telah dirasmikan oleh
mantan
Menteri Besar Kelantan Yang Berhormat Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan
isteri pada 1 Januari 1999. Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh kira - kira
500 orang.
Antara objektif penubuhan Kelab Balkis:
Bagi melicinkan segala kerja - kerja penyelenggaraan berhubung dengan
kebajikan ahli dan masyarakat.
Membantu mereka yang susah.
Membantu mereka yang bermasalah.
Membiayai anak - anak ahli melanjutkan pelajaran.
Memelihara, membimbing, memberi sumbangan kepada anak - anak yatim.
Membantu mereka yang terdesak dan yang dalam benar - benar
memerlukan pertolongan.
Membimbing, merawat untuk memulihkan mereka yang terlibat dengan
kerosakan akhlaq seperti remaja bermasalah.
Bekerjasama dengan kerajaan dalam bidang pendidikan, sosial dan ekonomi.
Memberi kerjasama dengan pertubuhan - pertubuhan atau badan - badan yang
sehaluan dan berdaftar.
Kelab Balkis akan menjalankan aktivitinya berpandu kepada undang -
undang negara dan undang - undang kelab yang tidak berlawanan dengan syariat
Islam, Insyaallah...