www.kelabbalkis.com

Assalamualaikum

Tuan/Puan, muslimin dan muslimat...

MEMOHON SUMBANGAN / INFAQ DANA PEMBELIAN VAN UNTUK KEGUNAAN ANAK YATIM DAN MISKIN DARUL HANAN.

Darul Hanan dengan rendah hati memohon jasa baik muslimin muslimat bagi sama sama mengambil bahagian berkongsi kasih dan amal jariah untuk menginfaq sedikit harta demi menjayakan pembelian sebuah van untuk kegunaan anak yatim dan miskin Darul Hanan, Kota Bharu, Kelantan.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud : “Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . 
(Al Baqarah : ayat - 261)

Allah juga melipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Al Hadid: ayat - 18)

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN :
CIMB : 86-0230452-4 (KELAB BALKIS)

maklumat lanjut hubungi 09-7462977 (pejabat)
ALAMAT : LOT 2103 TAMAN KENANGAN,
JALAN aBDUL kADIR adABI,
15200 koTA bHARU, kELANTAN
WWW.FACEBOOK.COM/darulhananyatimmiskin

 

SERUAN KHAS  UNTUK DERMAWAN-DERMAWAN..!

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

"PERUMPAMAAN (NAFKAH YANG DIKELUARKAN OLEH) ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH ADALAH SERUPA DENGAN SEBUTIR BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH BUTIR, PADA TIAP-TIAP BUTIR SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN (GANJARAN) BAGI SIAPA YANG DIA KEHENDAKI. DAN ALLAH MAHA LUAS (KURNIA-NYA) LAGI MAHA MENGETAHUI".
                                                                                                                    AL-BAQARAH AYAT 261

SABDA NABI SAW YG BERMAKSUD:

"APABILA ANAK ADAM MENINGGAL DUNIA MAKA PUTUSLAH SEMUA AMALANNYA
KECUALI
3 PERKARA :

1- SEDEKAH JARIAH.
2
- ILMU YANG DAPAT MEMBERI MANFAAT.
3
- ANAK YANG SOLEH MENDOAKANNYA."

                                                                              MAKSUD HADITH

 

RAYUAN SUMBANGAN UTK DANA KELAB BALKIS

 BAGI TUJUAN :

  • UNTUK SARAAN & BANTUAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN & MUALLAF.

  • UNTUK MENJALANKAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN PERCUMA KEPADA MASYARAKAT.

  • UNTUK MENJALANKAN PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN.

  • MENJELASKAN HUTANG PEMBINAAN MADRASATUL QURAAN AL-HILMIYAH , KELAB BALKIS.

Dermawan Yang di Rahmati Allah,

Didoakan semoga anda berada dalam limpahan Rahmat Allah, sihat dan selamat serta aman bahagia.

Merujuk kepada perkara di atas, kami pimpinan Kelab Balkis dengan seikhlasnya merayu dan memohon sokongan dari masyarakat khasnya anda agar dapat menghulurkan tangan membantu kami samada berupa sumbangan derma, zakat dan lain-lain bagi mengisi dana Kelab Balkis  untuk tujuan tersebut di atas.

Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Kelab Balkis bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan kami untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan. Sumbangan anda boleh membantu merubah kehidupan seseorang kepada lebih baik. Tidak kira betapa kecil sumbangan itu, ia amat bermakna.

Segala sumbangan ikhlas bolehlah disampaikan kepada kami melalui cek berpalang atau masukkan terus ke dalam akaun :

1 - "KELAB BALKIS"
 No Akaun : 03-036-01-0000781 (BIMB)


2 - "TABUNG KEBAJIKAN & PENDIDIKAN KELAB BALKIS"
 No Akaun : 553010-012272 (MAYBANK)

Kami juga menerima sumbangan melalui kredit kad (Visa & Mastercard).

kemudian kirimkan slipnya untuk kami keluarkan resit bagi tujuan pengecualian cukai bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 - Rujukan : LHDN 01/35/42/51/179-6.5571. No. Warta Kerajaan : 685.

Kami amat berterima kasih atas sumbangan anda, tolong memperpanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan, sahabat handai dan lain-lainnya dalam perkara berkebajikan ini.moga - moga Allah berkati segala usaha kita.

Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,

(ZULKIPLI BIN MAT SEH)                    
Yang Dipertua Kelab Balkis.

 

 

Muat Turun Borang Sumbangan - Klik Di Sini

Keatas # Laman Utama