Menu Utama | Sejarah | MQH | Darul Hanan | Pondok Aman | Program | Cadangan | Lokasi

SEMASA
 

*********************:::  KELAB BALKIS MENGUCAPKAN SYUKRAN JAZILAN KEPADA PARA DERMAWAN SAMADA DARI PERSEORANGAN MAHUPUN DARI BADAN-BADAN TERTENTU, SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA DALAM PERKARA BERKEBAJIKAN INI *************  PROGRAM INTENSIF AL-QURAN 2012 - PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG..!******************
 

INFORMASI

Sumbangan Derma Ikhlas Anda Akan Dikecualikan  Cukai Pendapatan !! Klik Untuk Info!

-------------------------

Maklumat

Kursus Terkini Anjuran

Kelab Balkis

pendaftaran dibuka sekarang
 Klik Untuk Info!

------------------------

GALERI


Lagi...

 

SERTAI KAMI DI

 

 
 
 
 
 
 
 
   

SEJARAH PENUBUHAN

Kehidupan yang dilalui oleh setiap insan seharusnya dipandu oleh sesuatu bentuk matlamat yang sekaligus dapat dimaknakan sebagai hala tuju, destinasi dan arah yang pasti. Dengan kata yang lebih tegas, kehidupan akan bermakna apabila seseorang sudah memecah konsep hala tuju yang hakiki iaitu fisabilillah.

Begitulah yang diperjuangkan oleh pasangan suami isteri, Ustaz Haji Abdul Rahman Abdul Samad, (telah meninggal dunia pada 2008) dan Cikgu Hajjah Wan Khadijah Wan Abdul Kadir, 74 dengan menubuhkan Kelab Bimbingan, Latihan dan Kebajikan Islam Keluarga Hilmi (KELAB BALKIS). 

Pasangan suami isteri ini mula membuka KELAB BALKIS selepas mereka sama-sama bersara daripada tugas sebagai pendidik. Menceritakan detik-detik penubuhan KELAB BALKIS, sebelum ini mereka telah membuka pondok pengajian Al-Quran di kawasan tanah hutan di pedalaman Kuala Krai pada tahun 1989.

Bagi memastikan kehidupan masyarakat, terutamanya anak-anak pedalaman tidak terabai daripada ilmu Al-Quran, berbekalkan semangat yang tinggi mereka membuka tanah hutan tersebut untuk didirikan pondok pengajian Al-Quran.

Tetapi sayang seribu kali sayang apabila niat untuk membangunkan 'Kalamullah' kurang mendapat sambutan daripada penduduk di situ, mungkin disebabkan kurangnya infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik menyebabkan pengajian pondok tersebut akhirnya terpaksa ditutup setelah bertahan selama 8 tahun.

Walaubagaimanapun, dengan semangat yang kental dan kuat serta tidak mengenal berputus asa, mereka sekali lagi menubuhkan KELAB BALKIS di Kota Bharu. Menceritakan pengalamannya, Ustaz Abdul Rahman menjelaskan dia dilahirkan pada tahun 1938 di daerah segamat Johor Darul Takzim.mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Buluh Kasap, Segamat kemudian mengikuti pengajian Islam di Pondok Tuan Guru Abdul Wahid,Sungai Udang, Melaka sebelum meneruskan pengajiannya di Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Setelah beberapa tahun mengajar, beliau kemudiannya mengikuti Pengajian Islam dalam jurusan Syariah di Nilam Puri, Kelantan.

Selepas tamat pengajiannya, beliau mula bertugas  pada tahun 1957 sebagai ustaz di sepuluh buah sekolah termasuklah sekolah di ulu Kelantan sebelum bersara pada tahun 1993. Dalam kesibukan di bidang pendidikan, Ustaz Haji Abdul Rahman juga sempat bergiat cergas dalam kegiatan - kegiatan sosial. Antaranya sebagai setiausaha Koperasi Guru - Guru Agama Negeri Kelantan (PENGGERAK) selama 2 tahun, AJK Kesatuan Guru - Guru Agama Malaysia Barat, Ahli Persatuan Pesara Malaysia cawangan Kelantan, ahli Persatuan Warga Kanan Kelantan, Bekas Pengerusi  Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (PERMATA) dan Timbalan Pengerusi Tetap Persatuan Qiraati Malaysia.  Sebelum bersara beliau turut aktif dalam Saint John Ambulan.

Falsafah hidupnya, " ingin hidup didalam keredhaan Allah setiap detik dengan kerja - kerja kebajikan sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam ".

Sementara itu, isterinya Cikgu Hajjah Wan Khadijah Wan Abdul Kadir mendapat pendidikan sekular tetapi itu bukannya batu penghalang bagi beliau untuk bersama-sama berganding bahu bersama suaminya menubuhkan Kelab itu. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1938, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Merbau dan Sekolah Melayu Padang Garong, Kota Bharu Kelantan. Kemudian beliau  melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Perempuan (MWTC) Durian Daun di Melaka selama tiga tahun (1952-1955) dan seterusnya menduduki ujian kelayakan. Setelah tamat pengajian beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1955. Beliau kekal di dalam perkhidmatan perguruan sehingga bersara pada tahun 1984. Sepertimana suaminya, cikgu Hajah Wan Khadijah ingin menghabiskan sisi - sisa hidupnya dengan mengisi sepenuh masa yang ada dengan amalan - amalan dakwah, kebajikan dan kemasyrakatan.  
Sebelum terlibat di dalam penubuhan & kegiatan KELAB BALKIS, cikgu Hajjah Wan Khadijah turut membabitkan diri di dalam beberapa pertubuhan sosial seperti pasukan berunifom Saint John Ambulan, Pandu Puteri, Pertubuhan Wanita, Kesatuan Guru - Guru Melayu Kelantan dan banyak lagi

Selama 32 tahun bertugas sebagai pendidik, beliau sempat mengajar di 10 buah sekolah di sekitar Kota Bharu dan beberapa jajahan di Kelantan. Menceburi bidang pendidikan ini banyak memberi kelebihan kerana apa sahaja yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini berkaitan dengan ilmu untuk masyarakat terutamanya golongan belia ternyata mendapat sambutan.

Jelasnya, KELAB BALKIS yang ditubuhkan pada 1998 mendapat sambutan daripada masyarakat setempat di mana kemasukan pelajar semakin meningkat dari setahun ke setahun. Menurut Abdul Rahman, jawatankuasa dan anggota KELAB BALKIS terdiri daripada anggota keluarga sendiri iaitu seramai 20 orang kakitangan dan di bawah KELAB BALKIS pula terdiri daripada Madrasatul-Quraan Al-Hilmiyah, Darul Hanan  dan Pondok Aman.

Berikutan dengan kegiatan kebajikan tersebut, Kelab Balkis yang diterajui oleh pasangan suami isteri ini telah dikurniakan sebuah van Toyota Hi-Ace dari kerajaan JEPUN untuk kelangsungan kerja - kerja kebajikan.

Pihak Kelab Balkis mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi mereka yg ingin turut serta dalam kerja kebajikan ini dan sebarang sumbangan bolehlah disalurkan di atas nama :  TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN KELAB BALKIS  -  Akaun Nombor : 553010012272 (Maybank)  sumbangan anda akan dikecualikan cukai pendapatan, Ruj : LHDN. 01/35/42/51/179-6.5571 - No. Warta Kerajaan : 685

 

  

   

MUTIARA KATA
 

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************
 

PAUTAN LUAR

 = PERMATA
 = JAKIM
 = IKIM
 = PUM
 = YUSUF ISLAM
 = ZAHARUDDIN
 = PERKIM
 = ILIM
 = DARUL QURAN
 = DBP
 

SERVIS KAMI

 =  Waktu solat
 = Terjemahan Al-Quran
 = Sponsor pengajian untuk anak yatim
 = Klip Video
 = Siaran Langsung Di Madinah
 =

 

Doa & Petua

IKLANEKA

 =

 Miliki Kereta Perodua Sekarang.!

 =
 =  
 =

 

 

AKHBAR ONLINE

 = UTUSAN M'SIA
 = HARAKAH
 = BERITA HARIAN
 = KOSMO
 = SINAR HARIAN
 
 
 

 

   
   

[Ruang iklan untuk tempahan]

ANDA PELAWAT KE :

 

 

 

http://www.facebook.com/kelabbalkiskelantan

© KELAB BALKIS 2006-2012. v3.0. Template design by: Mi Design | Pertanyaan : info@kelabbalkis.com