Menu Utama | Sejarah | MQH | Darul Hanan | Pondok Aman | Program | Cadangan | Lokasi l Galeri

SEMASA

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************

SUMBANGAN DERMA


Sumbangan Derma Ikhlas Anda Akan Dikecualikan  Cukai Pendapatan !!
 Klik Untuk Info!
 

KURSUS TERKINI


Maklumat

Kursus Terkini Anjuran

Kelab Balkis

pendaftaran dibuka sekarang
 Klik Untuk Info!

 

GALERI GAMBAR



 Lagi...

FACEBOOK KAMI

WEBMAIL

 
   

PONDOK AMAN

PENDAHULUAN

Pemimpin bagi ummat sesuatu generasi dilahirkan oleh wanita dari generasi sebelumnya. Ibu yang baik dan sihat akan melahirkan generasi yang juga sihat dan baik sekaligus turut melahirkan pemimpin yang baik dan sihat. Sihat dan baik di sini membawa maksud sihat fizikal dan rohani kerana kedua-duanya mempunyai pengaruh yang kuat kepada minda seseorang. Justeru menyedari akan hal ini, kami warga Kelab Balkis menyedari yang kaum wanita perlu dilindungi dari segala jenis gejala yang kurang sihat seperti yang banyak berlaku dewasa ini.

Sesuatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa gejala sosial yang tidak sihat semakin berleluasa di kalangan muda-mudi kini terutamanya  kaum wanita ini. Maka hasil dari kegiatan tidak sihat itu, akan wujudlah kesan-kesan negatif. Gejala-gejala seperti lari dari rumah, mengambil dadah, melacur, kegiatan bohsia, membuang bayi dan akhirnya terperangkap dengan  HIV/AIDS. Maka bagi mengelakkan daripada gejala seperti ini terus berleluasa dan menghantui kita, warga Kelab Balkis mengambil inisiatif untuk membentuk mereka yang telah terjebak dengan gejala negatif di atas tetapi telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan dengan menubuhkan satu RESIDENSI yang dinamai sebagai PONDOK AMAN.

Harapan kami moga usaha murni kami selama ini akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan moral dan kewangan dari pelbagai pihak. Oleh itu sokongan daripada kementerian terbabit seperti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan amatlah dialu-alukan untuk memastikan Malaysia akan melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas dari gejala-gejala sosial yang tidak sihat tercapai jua suatu hari nanti. Bukan itu sahaja, sokongan kuat dari Yang Berhormat-Yang Berhormat sebagai wakil rakyat amatlah kami harapkan kerana mereka adalah contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang. Apa jua sumbangan yang dihulurkan kepada PONDOK AMAN ini kami terima dengan hati yang terbuka.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Dengan wujudnya PONDOK AMAN ini semenjak tahun 1998 sebagai Pusat Seliaan dan RAwatan Wanita bermasalah di Kelantan ini, adalah diharapkan tujuan asal penubuhannya akan dapat diteruskan. Bukan itu sahaja, kami berharap ia akan menyedarkan masyarakat Islam khususnya, untuk turut sama memainkan peranan dalam melaksanakan apa yang diistilahkan sebagai "menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran" (amar makruf wa nahi munkar), membela dan melindungi mereka yang malang seperti :

a) menyediakan penempatan sementara dan memberikan latihan kemahiran kepada mereka seperti menjahit, memasak, membuat mee dan pelbagai lagi agar mereka mengisi masa selama berada di PONDOK AMAN ini dengan kegiatan - kegiatan berfaedah dan moga mereka mampu berdikari suatu hari nanti.

b) memberikan bimbingan rohani dan akhlak murni dengan cara mendekatkan mereka kembali kepada Allah sebagai pencipta dan menyedarkan mereka akan peluang untuk bertaubat masih terbuka luas kerana sifat Allah itu Maha Pengampun Lagi maha Mengasihani.

c) menyedarkan kepada mereka bahawa masyarakat masih boleh menerima mereka seperti biasa dengan syarat mereka benar - benar insaf dan bertaubat.

SASARAN

Kumpulan yang menjadi sasaran kami adalah :

  • Golongan wanita yang terlibat dengan kancah pelacuran.

  • Remaja perempuan yang terlibat dengan unsur - unsur dadah dan seks bebas.

  • Wanita yang hilang pertimbangan hidup kerana disisihkan oleh keluarga.

  • Golongan wanita yang terlibat dengan HIV / AIDS.

PENDEKATAN

Dalam program pemulihan ini, beberapa pendekatan telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

  • Konsep usrah / pendekatan kekeluargaan di utamakan.

  • konsep ke arah hidup yang lebih bermakna dengan pendekatan kerohanian dan bimbingan ke arah ilmu ketuhanan dan ketaqwaan, mengenalkan Tuhan terlebih dahulu kemudian hukumnya.

AKTIVITI

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan  akan menggunakan sumber tempatan dengan menjunjung matlamat dan konsep PONDOK AMAN.

Aktiviti - aktiviti ini terdiri dari :

  • Aktiviti pemulihan diri.

  • Aktiviti peningkatan diri.

  • Aktiviti khas.

LOKASI DAN KEMUDAHAN

Luas kawasan PONDOK AMAN ialah 2 ekar. Ia terletak di hadapan jalan besar ke Dabong dan kira - kira 10 kilometer dari lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang. Tapak asramanya di kelilingi oleh pokok - pokok buah - buahan seperti dokong, rambutan, durian, petai dan lain - lain buah tempatan. Kawasan ini juga telah dikenalpasti bersesuaian untuk aktiviti - aktiviti pertanian dan penternakan haiwan peliharaan seperti ayam dan itik. Terdapat juga sebatang sungai yang mengalir di luar pintu kawasan penginapan. Keseluruhan kawasan adalah berpagar kecuali di Musalla, pejabat dan rumah kakitangan. terdapat beberapa bangunan di sini yang boleh digunakan sebagai asrama, bengkel kerja tangan dan bilik kuliah. Kemudahan lengkap dengan air dan letrik.

PENUTUP

Wabak dadah yang mengancam kita hari ini memerlukan pendekatan dan perkongsian yang baik di antara agensi kerajaan dan masyarakat, oleh itu usaha di peringkat Grass Root perlu diperbanyakkan dan didokong bersama. Niat murni kami ingin turut serta bersama dan menyahut seruan kerajaan Malaysia  untuk sama membantu namun kami juga memerlukan sokongan, kerjasama dan dokongan pihak atasan.  Berikanlah kami peluang untuk membantu dan bantulah kami demi menjadikan Malaysia CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG seperti yang diperkatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi.

 

 

MUTIARA KATA

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************

PAUTAN LUAR

 = PERMATA
 = JAKIM
 = IKIM
 = PUM
 = YUSUF ISLAM
 = ZAHARUDDIN
 = PERKIM
 = ILIM
 = DARUL QURAN
 = DBP
 

KHIDMAT KAMI

PENGURUSAN SEMINAR
PENGURUSAN BENGKEL
RUMAH ANAK YATIM
NASIHAT AGAMA
RAWATAN ISLAM
UPAH HAJI
UMRAH & ZIARAH MEKAH

IKLANEKA

 
 

AKHBAR ONLINE


= UTUSAN M'SIA
= HARAKAH
= BERITA HARIAN
= KOSMO
= SINAR HARIAN
 
 

ANDA PELAWAT KE :

 

 

KELAB BALKIS 2006-2012. v3.0. Template design by: Mi Design | Pertanyaan : info@kelabbalkis.com