Menu Utama | Sejarah | MQH | Darul Hanan | Pondok Aman | Program | Cadangan | Lokasi

SEMASA
 

*********************:::  KELAB BALKIS MENGUCAPKAN SYUKRAN JAZILAN KEPADA PARA DERMAWAN SAMADA DARI PERSEORANGAN MAHUPUN DARI BADAN-BADAN TERTENTU, SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA DALAM PERKARA BERKEBAJIKAN INI *************  PROGRAM KEMANUSIAAN BERSAMA ORANG ASLI AKAN DIADAKAN PADA 25-26 JANUARI 2013 - KEPERLUAN BEKALAN SEPERTI PAKAIAN, MAKANAN & KEPERLUAN IBADAT AMAT DIPERLUKAN - SUMBANGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI  ******************
 

INFORMASI

Sumbangan Derma Ikhlas Anda Akan Dikecualikan  Cukai Pendapatan !! Klik Untuk Info!

-------------------------

Maklumat

Kursus Terkini Anjuran

Kelab Balkis

pendaftaran dibuka sekarang
 Klik Untuk Info!

----------------------

GALERI


Lagi...

 

SERTAI KAMI DI

 

 
 
 
 
 
 
 
   

PENGENALAN

Kepincangan masyarakat Islam yang terdedah kepada arus kemajuan yang pesat telah menimbulkan rasa resah gelisah di mana-mana sahaja pelusuk tanah air kita ini. Akhlak di kalangan masyarakat telah beransur pudar hakisan budaya liar hasil dari kemajuan yang tak seimbang. Akhlak anak-anak muda sangat ketara rendahnya, manakala jenayah dalam pelbagai bentuk dan rupa di kalangan masyarakat tidak dapat dibendung oleh kebijaksanaan manusia moden kecuali pembedahan!

Ketenatan yang menghantui masyarakat memerlukan rawatan yang berkesan dari cerdik pandai yang mempunyai kesedaran agama yang tinggi tanpa mengira ideologi atau fahaman tertentu, pangkat dan darjat. Ketandusan golongan seperti ini, khususnya untuk menghadapi cabaran dalam merealisasikan wawasan 2020 amat membimbangkan. Justeru  itu, kelahiran semula generasi tersebut perlu dirancang untuk kesempurnaan wawasan 2020, kerana generasi inilah sahaja yang dapat merealisasikan kesempurnaan wawasan tersebut ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Maka dengan itu, wujudlah KELAB BALKIS (Kelab Bimbingan, Latihan dan Kebajikan Islam Keluarga Hilmi Abdul Rahman) yang didaftarkan di bawah  Akta Pertubuhan 1966. Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 pada 1 Mac 1999. No. Daftar : 176, Rujukan PPM/KEL 512/98(5), PPP/KEL 15/98 bagi membantu merealisasikan kesempurnaan wawasan tersebut. Kelab Balkis adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Ia merupakan penaung kepada beberapa projek pendidikan seperti Madrastul-Qur'an Al-Hilmiyah (MQH), Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Hanan dan juga Pondok Aman.

Kelab Balkis ialah sebuah Pusat Pendidikan, bimbingan, latihan dan kebajikan Islam yang memberi perkhidmatan khusus di dalam pengajian Al – Quran, dan penempatan anak yatim, dan juga Pemulihan Akhlaq telah diwujudkan iaitu bermula di Lembah Idaman, Sungai Tias, Kuala Krai pada awal tahun 1989. Bagaimanapun Pusat Pendidikan Islam yang dikenali Kelab Balkis telah berpindah ke Kota Bharu sejak 1995 dan kini telah beroperasi di bangunan baru kepunyaannya sendiri pada awal tahun 1998. Kelab Balkis ini adalah singkatan dari “ Kelab Bimbingan, Latihan dan Kebajikan Islam”.
      
Bangunan induk Pertubuhan Bukan Kerajaan ini ( NGO) merupakan beberapa bangunan  yang terletak di atas tanah kepunyaan pengasas Kelab itu sendiri iaitu Us.Hj. Abdul Rahman bin Abdul Samad dan isterinya Cikgu Hjh. Wan Khadijah binti Hj. Wan Abdul Kadir. Cikgu Hjh. Wan Khadijah adalah salah seorang daripada cicit kepada ulama’ besar Nusantara, Tok Guru Hj. Wan Ali Kutan iaitu seorang tokoh ulama yang menjadi pencetus kepada lahirnya ulamak - ulamak terkemuka seperti Tok Kenali dan lain - lain. Tanah atau tapak bangunan itu telah pun diwakafkan oleh pengasasnya.
      
Sekarang Kelab Balkis mempunyai 3 buah bangunan yang masing – masing mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bangunan 1 tingkat di bahagian hadapan sekali adalah kediaman pengasasnya yang juga bertindak sebagai Yang Di Pertua Kelab Balkis dan isterinya sebagai bendaharinya. Bahagian hadapan kediaman tersebut telah dijadikan pejabat urusan Kelab Balkis. Bangunan 2 tingkat di sebelahnya pula adalah Madrasatul – Quraan Al – Hilmiyah (MQH) iaitu tempat pengajian. Manakala sebuah lagi bangunannya (2 tingkat) dijadikan Asrama Anak Yatim dan pelajar – pelajar Tahfiz Quran Perempuan.
      
Proses pembinaan bangunan  pengajian dan juga asrama pelajar adalah daripada harta benda pengasasnya sendiri di samping sumbangan serta derma daripada orang ramai tanpa mendapat pertolongan atau sponsor dari mana – mana badan kerajaan ataupun individu tertentu. Kos pembinaan bangunan tersebut kira – kira menelan belanja hampir RM 800,000.00 yang sekarang ini masih menanggung hutang sebanyak RM 50,000.00 lagi.
      
  Bangunan pengajian (MQH) mempunyai sebuah dewan (berhawa dingin), bilik komputer, bilik sumber, bilik klinik / makmal bahasa, perpustakaan (masih dalam kemaskini) dan 9 buah kelas pengajian. Manakala bangunan asrama mempunyai sebuah dewan makan, bilik ustazah, 2 buah dormitory dan sebuah dewan pengajian Tahfiz Al – Quran. Pejabat pentadbirannya pula terletak di bangunan milik pengasasnya sendiri yang sebahagian daripada bangunan itu telahpun diwakafkan untuk dijadikan ruangan pejabat.

Kelab Balkis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan isteri pada 1 Januari 1999. Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh kira - kira 500 orang.

Antara objektif penubuhan Kelab Balkis:

  1. Bagi melicinkan segala kerja - kerja penyelenggaraan berhubung dengan kebajikan ahli dan masyarakat.

     

    1. Membantu mereka yang susah.
    2. Membantu mereka yang bermasalah.
    3. Membiayai anak - anak ahli melanjutkan pelajaran.
    4. Memelihara, membimbing, memberi sumbangan kepada anak - anak yatim.
    5. Membantu mereka yang terdesak dan yang dalam benar - benar memerlukan pertolongan.
    6. Membimbing, merawat untuk memulihkan mereka yang terlibat dengan kerosakan akhlaq seperti pelacur, penagih dan pengidap HIV / AIDS.

     

  2. Bekerjasama dengan kerajaan dalam bidang pendidikan, sosial dan ekonomi.

     

  3. Memberi kerjasama dengan pertubuhan - pertubuhan atau badan - badan yang sehaluan dan berdaftar.

     

  4. Kelab Balkis akan menjalankan aktivitinya berpandu kepada undang - undang negara dan undang - undang kelab yang tidak berlawanan dengan syariat Islam, Insyaallah...

 

 

   

MUTIARA KATA
 

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************
 

PAUTAN LUAR

 = PERMATA
 = JAKIM
 = IKIM
 = PUM
 = YUSUF ISLAM
 = ZAHARUDDIN
 = PERKIM
 = ILIM
 = DARUL QURAN
 = DBP
 

SERVIS KAMI

 =  Waktu solat
 = Terjemahan Al-Quran
 = Sponsor pengajian untuk anak yatim
 = Klip Video
 = Siaran Langsung Di Madinah
 =

 

Doa & Petua

IKLANEKA

 =  Miliki Kereta Perodua Sekarang.!
 =
 =  
 =

 

 

AKHBAR ONLINE

 = UTUSAN M'SIA
 = HARAKAH
 = BERITA HARIAN
 = KOSMO
 = SINAR HARIAN
 
 
 

 

   
   

[Ruang iklan untuk tempahan]

ANDA PELAWAT KE :

 

 

 

© KELAB BALKIS 2006-2012. v3.0. Template design by: Mi Design | Pertanyaan : info@kelabbalkis.com