Menu Utama | Sejarah | MQH | Darul Hanan | Pondok Aman | Program | Cadangan | Lokasi l Galeri

SEMASA

***************************" KELAS TAHFIZ + KEMAHIRAN (PEREMPUAN) AKAN DIBUKA UNTUK SESI 2018...BERMINAT HUBUNGI KAMI...!!*****************************************" PENGAMBILAN BARU 2018 UNTUK ANAK-ANAK YATIM & MISKIN DI BUKA SEKARANG, HUBUNGI KAMI SEGERA!!! **************************************"KEM CUTI SEKOLAH "PROGRAM INTENSIF AL-QURAN 2018" KEMBALI LAGI..!!! DAFTAR SEGERA SEBELUM TEMPAT PENUH..!!! *******************************************

SUMBANGAN DERMA


Sumbangan Derma Ikhlas Anda Akan Dikecualikan  Cukai Pendapatan !!
 Klik Untuk Info!
 

KURSUS TERKINI


Maklumat

Kursus Terkini Anjuran

Kelab Balkis

pendaftaran dibuka sekarang
 Klik Untuk Info!

 

GALERI GAMBAR



 Lagi...

FACEBOOK KAMI

WEBMAIL

 
   

 

DARUL HANAN
RUMAH KEBAJIKAN ANAK - ANAK YATIM DAN MISKIN
KELAB BALKIS

Kelab Balkis juga menaungi Asrama Anak Yatim dan Miskin yg diberi nama Darul Hanan yang menumpukan kepada penjagaan dan sponsorship (biayaan sepenuhnya) anak yatim dan miskin dalam meneruskan pembelajaran mereka.

Pada peringkat awal penubuhan tumpuan khas diberikan kepada anak-anak yatim perempuan yg belajar di Kelab Balkis (Madrasatul Quraan Al-Hilmiyah - MQH). Alhamdulillah 3 orang daripada 10 yang dibiayai khas peringkat awalnya telah berjaya menjadi hafizah. 

Tahun 2007, kami telah menumpukan pandangan ke arah luar negara khususnya anak-anak yatim Islam dari negara Kemboja dan Thailand. kami telah mengambil seramai 30 orang anak-anak yatim perempuan Kemboja, 10 orang dari Thailand dan selebihnya dari Malaysia. Bagaimanapun awal tahun 2010 kami terpaksa menghantar pulang anak-anak yatim dari Kemboja berikutan masalah sumber kewangan untuk menyara anak-anak yatim tersebut. April 2010 anak-anak yatim dari Thailand pula meninggalkan kami setelah beberapa orang dari mereka selesai mengambil sanad Al-quran dan meneruskan pengajian ke institusi pengajian lain.

Pada tahun 2014 Darul Hanan membuat pengambilan baharu dan seramai 15 orang anak yatim dan miskin telah menghuni di asrama Darul Hanan. Manakala tahun 2016 seramai 10 orang penghuni baru telah mendaftar di Darul Hanan.

Bagi pengambilan baru tahun 2018 kami mensasarkan seramai 20 org penghuni baru warganegara Malaysia. Antara syarat yang dikenakan ialah berumur 9 tahun dan ke atas, fakir miskin @ Yatim Piatu @ yatim dan yang paling penting ialah minat serta sokongan dari pihak keluarga/penjaga.

Pihak pengurusan Darul Hanan di bawah naungan Kelab Balkis sedang berusaha untuk mendapatkan Dana kewangan bagi membiayai & meneruskan kerja berkebajikan ini. Kami juga menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menjalankan kerja-kerja amal ini dengan menghulurkan sebarang sumbangan kepada kami samada berbentuk pakaian, makanan, minuman, sumbangan derma atau zakat, tenaga sukarelawan dan lain-lain demi  kelangsungan kerja amal ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kami mengalu-alukan keperihatinan anda dan bolehlah berhubung terus dengan kami di Kelab Balkis atau sumbangan dalam bentuk kewangan boleh dimasukkan terus ke dalam akaun :

TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN KELAB BALKIS,
Akaun No : 553010 012272 (Maybank)
.
Sumbangan anda akan dikecualikan cukai pendapatan,
Ruj : LHDN. 01/35/42/51/179-6.5571- No. Warta Kerajaan : 685

 

 

MUTIARA KATA

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************

PAUTAN LUAR

 = FACEBOOK KAMI
 = JAKIM
 = IKIM
 = PERMATA AL-QURAN
 = YUSUF ISLAM
 = ZAHARUDDIN
 = PERKIM
 = ILIM
 = DARUL QURAN
 = DBP
 

KHIDMAT KAMI

PENGURUSAN SEMINAR
PENGURUSAN BENGKEL
RUMAH ANAK YATIM
NASIHAT AGAMA
RAWATAN ISLAM
UPAH HAJI
UMRAH & ZIARAH MEKAH

IKLANEKA

 
 

AKHBAR ONLINE


= UTUSAN M'SIA
= HARAKAH
= BERITA HARIAN
= KOSMO
= SINAR HARIAN
 
 

ANDA PELAWAT KE :

 

 

KELAB BALKIS 2006-2017. v3.0. Template design by: Mi Design | Pertanyaan : info@kelabbalkis.com