Menu Utama | Sejarah | MQH | Darul Hanan | Pondok Aman | Program | Cadangan | Lokasi

SEMASA

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************

SUMBANGAN DERMA


Sumbangan Derma Ikhlas Anda Akan Dikecualikan  Cukai Pendapatan !!
 Klik Untuk Info!
 

KURSUS TERKINI


Maklumat

Kursus Terkini Anjuran

Kelab Balkis

pendaftaran dibuka sekarang
 Klik Untuk Info!

 

GALERI GAMBAR



 Lagi...

FACEBOOK KAMI

WEBMAIL

 
   

PROGRAM INTENSIF AL-QURAN
MUSIM CUTI 2016
(TAHUN KE 19)

" Ke Arah Celik Al-Quran Dan Akhlak Mulia "

Bermula  : 03/12/2016 (Sabtu)
sehingga : 23/12/2016 (Jumaat)
(selama 21 hari)

Kini kembali lagi dengan pengisian yg lebih mantap.

Dapatkan diskaun menarik!
dengan mendaftar sebelum 03 November 2016
 

RASIONAL

Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai sekaligus amanah kepada ibu bapa. Kadangkala, gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga. yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Melihatkan kepada kebimbangan ibu bapa dan masalah keruntuhan akhlak anak-anak masa kini terutama semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang, maka KELAB BALKIS telah menganjurkan satu program tahunan khusus untuk anak-anak bagi membantu ibu bapa mengekang  anak-anak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

 PROGRAM INTENSIF AL-QURAN ialah satu program yang menitik beratkan Pengajian Al-Quran, Fardhu Ain & Cemerlang Akhlak kepada peserta-peserta (anak-anak) agar ianya boleh dijadikan panduan di dalam diri anak-anak untuk menuju dewasa.

 Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap kelahiran (anak) itu dilahirkan mengikut fitrah (ibarat kain yang putih), dan ibu bapa merekalah (yang mencorakkannya) samaada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maksud Hadith.

Ibu Bapa Yang Budiman ,

Adakah anda menghadapi masalah berikut?

  • Anak anda sudah Sek. Men. tetapi masih buta Al-Quran.

  • Tidak dapat memberi perhatian kepada pengajian/pendidikan Al-Quraan anak anda.

  • Membelanjakan wang yg banyak untuk pengajian/kelas Al-Quraan anak tetapi anak anda masih gagal membaca Al-Quraan.

  • Anak anda sudah hilang minat belajar Al-Quraan kerana masa terlalu panjang untuk belajar/khatam Al-Quraan.

  • Risau dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah.

  • Anak anda mempunyai masalah akhlak atau terlibat dgn gejala sosial.

  • Anak anda tidak menghormati orang tua.

Kini anda tidak perlu bimbang lagi..!

Kami bersedia untuk BERSAMA menyelesaikan masalah anda..!

Pelajar lelaki dan Perempuan, berusia 9 - 17 tahun yang belum boleh membaca Al-Quraan atau yang sudah boleh membaca Al-Quraan tetapi ingin mengkhatamkan Al-Quraan secara bertajwid dalam masa yang singkat (21 hari).

SABDA NABI "SAW" :

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quraan dan mengajarnya"
                                                               (Hadith riwayat Bukhari)


" Bacalah Al-Quraan kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya."
                                                                (Hadith riwayat Muslim)

"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Quraan maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf."
                                                             (Hadith riwayat Tarmidzi)

MATLAMAT PROGRAM

  • Membantu ibu bapa untuk memulihkan anak-anak yang lemah Al-Quraan.

  • memberi latihan membaca dan belajar Al-Quraan serta memantapkan pembacaannya mengikut hukum-hukum dan keadah yang betul.

  • menanam rasa cinta dan sayang kepada Agama Islam dan Al-Quraan sebagai panduan hidup dan juga pedoman abadi.

  • memupuk sikap ingin memahami isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quraan.

  • menanam rasa cinta dan hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara.

  • membina dan membimbing pelajar berdisiplin, berakhlak dan bertaqwa.

  • membina keperibadian pelajar yang berdaya saing dlm menghadapi kehidupan yang semakin canggih dan mencabar.

  • meningkatkan kefahaman dan amalan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

PENGISIAN PROGRAM

  • Kelas khatam & celik Al-Quraan.

  • motivasi, tazkirah & bimbingan secara langsung.

  • Pengukuhan asas fardhu ain.

  • Bestari Solat, Qiamullail, Kuliah Subuh & Maghrib

  • praktikal azan & imam.

  • bistari solat.

  • Latihan dalam kumpulan & permainan motivasi.

  • Bimbingan Akhlak dan Kaunseling.

  • dan pelbagai lagi.

SIAPAKAH PENGENDALI PROGRAM INI

Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yg berpengalaman dalam bidang Al-Quraan dan juga motivasi.

APA YANG ANAK ANDA AKAN DAPAT APABILA MENGIKUTI PROGRAM INI?


  Setamatnya program ini, peserta akan dapat :

  • Membaca Al-Quraan (bagi peserta yang belum boleh membaca Al-Quraan sebelum program)

  • Khatam Al-Quraan (bagi peserta yang telah boleh membaca Al-Quraan sebelum program).

  • Membaca Fatihah dgn betul.

  • Memantapkan pembacaan Al-Quraan mengikut hukum-hukum dan kaedah yang betul.

  • Meningkatkan kefahaman dalam perkara asas fardhu 'ain.

  • Pendedahan bagaimana cara solat dgn betul mengikut Al-quraan dan Sunnah.

  • Pendedahan kepada solat-solat sunat, seperti Tahajjud,Dhuha,Taubat, Hajat dan yang lain-lain lagi.

  • Pendedahan cara azan, menjadi Imam di dalam solat.

  • Pendedahan kepada latihan dalam kumpulan (LDK)

  • Pengalaman baru..yang pastinya akan memberi input yang amat berguna kepada masa depan anak anda.

APA KATA PESERTA PROGRAM YG LALU

  • Di Kelab Balkis saya dapat belajar agama dan mengenal huruf jawi.
  • belajar hidup berdikari.
  • dapat ramai kenalan baru..ada yg dari sarawak.
  • apabila balik ke rumah saya akan mengubah perangai saya, harap saya akan datang semula ke sini pada tahun 2007.

 ~ Nur Farzana Nadhirah Binti Amin, 14 tahun, peserta 2006

  • saya rasa telah berubah sejak datang ke sini, kerana banyak program. saya juga telah mengenal huruf-huruf dan boleh membaca Al-Quran. antara perbezaan yg saya rasa ialah :
  • rajin bersolat daripada sebelum ini.
  • bangun solat subuh.

 ~ Nurul Amalina Ghazali, 13 tahun, peserta 2006

  • I like this programme because I can learn more about Al-Quran and agama. Al-Quran is important in our live. Al-Quran can improve our iman in the future. I also know about solat that before I doesn't know it. I also get new experience in my life that before I can't get it such as Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Good luck for Kelab Balkis!

~ Mohd Haris Bin Mokhtar, 15 tahun, peserta 2005

  • " Saya sudah belajar banyak tentang agama Islam, contohnya tajwid, bacaan Al-Quran dengan betul, solat-solat sunat yang tidak pernah saya lakukan di rumah dan macam-macam lagi. Di sini solat secara berjemaah membuatkan saya seronok sembahyang bersama. Saya berasa bertuah kerana ibubapa saya sanggup menghabiskan duit untuk menghantar ke Kelab Balkis semata-mata untuk belajar Al-Quran dan lain-lain. Saya juga dapat mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah. Di sini saya telah khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dan banyak menghafal surah-surah penting. Ustaz dan Ustazah sangat baik dan banyak mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya. I'm very proud to be here. Thanks a lot mom & dad! "

~ Siti Nur Sarah Bt. Jaya, 13 tahun, peserta 2005

  • I like myselft today because I get my target to "khatam Al-Quran" here. Beside that I can change my habits such as didn't pray subuh, read Al-Quran and many thing I don't remember. I also like to do qiamullail everyday in Surau Tok Wan Ali Kutan.

~ Aiman Bin Mustafa, 14 tahun, peserta 2004

  • "Genap 20 hari saya berada di Kelab Balkis. Tahun ini juga tahun yang ke-2 saya ke sini. Sekarang ini, saya sudah berumur 13 tahun dan di sini saya dapat mempelajari ilmu untuk mencari kebahagiaan saya di dunia dan akhirat. Malahan juga saya banyak mendapat kenalan baru yang datang dari semua arah mata angin. Kami dapat berkongsi makanan atau bertukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah selain itu saya dapat bangun awal pagi untuk beribadah kepada Allah. Di sini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz dan Ustazah di atas jasa mereka semua. Saya dapat sesuatu pengalaman yang baru di sini."

~ Wan Mohd Adlan Bin Wan Mohammad, 13 tahun, peserta 2004

  • "Saya mendapat banyak pengalaman baru di sini. Dapat membaca Al-Quran dengan lebih baik dan lancar berbanding dulu. Saya juga lebih memahami orang lain daripada dulu. Di sini saya belajar cara sembahyang yang betul dan berbagai lagi. Saya juga lebih jelas tentang matlamat hidup ini dan di sini membuatkan hidup saya lebih matang dan berdikari. Terima kasih Kelab Balkis, terima kasih juga ayah dan ibu kerana menghantar saya ke sini."

~ Nur Ain Amirah Bt. Fauzi, 12 tahun, Peserta 2004

I like this program because :
  • Can recites the Al-Quraan better
  • Be a better person
  • Can change my bad habit
  • Feel more confident and independent
  • Learn many things
  • Can finish the Al-Quran within two weeks

Wan Nur Fareeha Bt. Wan Azmi,
12 tahun, peserta 2003

"Dengan adanya program ini, saya berasa bangga kerana:
  • Mendapat ramai kenalan baru
  • Dapat melancarkan Al-Quran dengan bertajwid dan bertartil.
  • Dapat berdikari sendiri semasa ibu dan ayah tiada di sisi
  • Ilmu pengetahuan semakin bertambah
  • Dapat mempelajari sembahyang sunat tahajjud dan dhuha
  • Saya rasa bersyukur kerana tuhan telah memilih saya ke sini
  • Saya berterima kasih kepada ibubapa saya kerana sanggup menghabiskan duit kerana saya
  • Saya dapat rasa susah senang di sini
  • Semoga saya dapat mengikuti program ini lagi di masa lain

Nadia Nazira Abd Razak, 12 tahun, peserta 2003

APA KATA IBU BAPA PULA

  • " Alhamdulillah setelah mengikuti program ini anak saya telah mengalami banyak perubahan terutamanya di dalam pengajian Al-Quran. "


~ En. Ahmat Nasiri
  GURU

  • " Selain mendedahkan peserta dengan kaedah bacaan Al-Quran secara bertajwid, program ini juga dapat menjana minda dan kepimpinan anak-anak kita dengan lebih berkesan. Saya berterima kasih kepada Kelab Balkis kerana menganjurkan program seperti ini "



~ Puan Ainon
Ahli Perniagaan

  • " Perubahan yang positif dapat dilihat pada anak saya setelah menjalani program ini,  sungguh berkesan dan saya amat berpuas hati dengan program seperti ini. "

~ Puan Rosehasniza Binti Mansor

  • " Sebelum ke KELAB BALKIS anak saya tak pernah Khatam Al-Quraan, selepas 21 hari mengikuti program ini..Alhamdulillah anak saya telah khatam Al-Quran dengan bacaan bertajwid.

~ Puan Salmah Binti Hussin

  •  " Alhamdulillah selepas mengikuti program ini saya nampak ada perubahan pada anak saya. sebelum ini anak saya selalu melawan cakap saya dan ibunya, tetapi selepas mengikuti program ini dia telah berubah. Syukur kepada Allah."

~ Encik Azman

TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama :

 08.00 - 10.00   : Pendaftaran & Penilaian Peserta
 10.00 - 11.30   : Taklimat & perasmian program
 11.30 - 01.00   : Pengedaran pelajar ke kelas
 01.00 - 02.00   : Solat Zohor & Makan tengahhari
 02.00 - 04.30   : Al-Quran dgn bimbingan
 04.30 - 05.30   : Solat Asar & seliaan fardhu 'Ain
 05.30 - 06.45   : Rehat / Khidmat diri & Makan Malam
 06.45 - 09.00   : Solat Maghrib, Kuliah 1 & Solat Isyak
 09.00 - 10.30   : LDK 1:Taa'ruf & Adab Tidur)
 11.00 malam     : Tidur

Hari Kedua :

 05.00 - 06.00   : Solat Sunat Tahajjud, Taubat.
 06.00 - 08.00   : Solat Subuh, Hafal Yasin
 08.00 - 08.30   : Solat Dhuha, Kudapan Pagi
 08.30 - 10.30   : Al-Quran dgn bimbingan
 10.30 - 11.00   : Rehat / Persegaran
 11.00 - 12.30   : Al-Quran dgn bimbingan
 12.30 - 01.30   : Rehat & Lunch Time / Ghada'
 01.30 - 02.00   : Solat Zohor
 02.00 - 04.30   : Al-Quran dgn bimbingan
 04.30 - 05.30   : Solat Asar & seliaan fardhu 'Ain
 05.30 - 06.45   : Rehat / Khidmat diri & makan malam
 06.45 - 09.00   : Solat Maghrib, Kuliah 2 , Solat Isyak , witir
 09.00 - 10.30   : LDK 2 : Mengapa Aku Di Sini?
 11.00              : Tidur

* Jadual hari ketiga & seterusnya adalah sama (waktu program) seperti hari kedua.
 * Jadual ini tertakluk pada perubahan.

 PENDAFTARAN KINI DI BUKA...!

Yuran Hanya RM800 seorang utk 21 hari
 (Termasuk Penginapan berhawa dingin, dewan berhawa dingin, Makan Minum, Modul & buku nota, beg, Sijil penyertaan,Gambar group berframe, Dobi,  serta dalam kawalan 24 jam )

 Terhad untuk 150 pelajar sahaja

  HANYA TINGGAL
145

 KEKOSONGAN SAHAJA

Daftar Segera Sementara Masih Ada Kekosongan..!!

Tempahan tempat boleh dibuat dgn mendaftar secara bayaran penuh atau bayaran deposit.

INSYAALLAH, KAMI MENJANJIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA..!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..!

TAWARAN DAN SYARAT:

- Pendaftaran sebelum 03hb November layak mendapat sebanyak RM720.00
  RM700.00 seorang (untuk peserta berkumpulan 6 peserta ke atas)
- Pendaftaran selepas 02hb Disember yuran RM800.00
  RM780.00 seorang (untuk peserta berkumpulan 6 peserta ke atas)
- Tempahan tempat boleh dibuat secara bayaran penuh atau bayaran deposit RM200.
- Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan di buat oleh pihak peserta
  dalam masa 30 hari sebelum program bermula.
- Deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan program dibuat oleh pihak
  penganjur.
- Peserta & Ibu Bapa / Penjaga hendaklah bersetuju dengan segala peraturan &
  syarat program.
- Ibu Bapa / Penjaga hendaklah bersetuju menyerahkan anak semasa program ke
  bawah jagaan penganjur. 
- Ibu bapa / penjaga bersetuju memberi kuasa kepada pihak penganjur mengambil
  sebarang tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kemalangan ke atas peserta.

 

BAYARAN

Bayaran Pendaftaran boleh di masukkan ke akaun :

 KELAB BALKIS
03-036-01-0000781
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Klik di sini untuk
MEMUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN

Klik di sini
KEPERLUAN PESERTA SEPANJANG PROGRAM

Klik di sini
BORANG TESTIMONI IBUBAPA

Klik di sini
BORANG KAJI SELIDIK IBUBAPA
 

 

KELAB BALKIS
Lot 2103, Taman Kenangan, Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200, Kota Bharu, Kelantan.


Tel:

 09-7462977
01110-750220
011-25688458
 

Fax: 09-7434485.
E-Mail: info@kelabbalkis.com

kelabbalkis98@gmail.com

Paparan terbaik dengan Internet Explorer dan Avant Browser dengan resolusi 1024 * 768 |

Keatas

 

 

 

MUTIARA KATA

***************************" JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI, YANG MUSTAHIL PUN KELIHATAN MUDAH. JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI YANG MUDAH PUN KELIHATAN MUSTAHIL." Robert Kennedy ************************* MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT. Saidina Umar Al-Khattab. *************************** KITA TIDAK PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN PENCAPAIAN ORANG LAIN. KITA HANYA PERLU MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN KITA DENGAN MATLAMAT YANG TELAH KITA SENDIRI TETAPKAN. Dr. Syukri Abdullah ********************************

PAUTAN LUAR

 = PERMATA
 = JAKIM
 = IKIM
 = PUM
 = YUSUF ISLAM
 = ZAHARUDDIN
 = PERKIM
 = ILIM
 = DARUL QURAN
 = DBP
 

KHIDMAT KAMI

PENGURUSAN SEMINAR
PENGURUSAN BENGKEL
RUMAH ANAK YATIM
NASIHAT AGAMA
RAWATAN ISLAM
UPAH HAJI
UMRAH & ZIARAH MEKAH

IKLANEKA

 
 

AKHBAR ONLINE


= UTUSAN M'SIA
= HARAKAH
= BERITA HARIAN
= KOSMO
= SINAR HARIAN
 
 

ANDA PELAWAT KE :

 

 

KELAB BALKIS 2006-2016. v5.0. Template design by: Mie Design | Pertanyaan : info@kelabbalkis.com